MENU

PROGRAM GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN PEJALAN KAKI DI KAWASAN BANDAR RAUB

Tarikh: 09 Julai 2026 (Khamis)

Lokasi: Kawasan Bandar Raub

Anjuran: Jabatan Perancang Bandar & Landskap, Majlis Daerah Raub

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Pembersihan Pejalan Kaki di sekitar kawasan Bandar Raub telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama erat semua pihak yang terlibat.

Program ini bertujuan memastikan laluan pejalan kaki sentiasa bersih, selamat dan selesa digunakan oleh orang ramai, di samping menceriakan persekitaran bandar agar kekal indah dan kondusif.

Majlis Daerah Raub merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada SWCorp dan Alam Flora Sdn. Bhd. atas kerjasama serta sokongan yang diberikan sepanjang pelaksanaan program ini.

Majlis Daerah Raub turut menyeru seluruh masyarakat agar bersama-sama memelihara kebersihan kawasan awam. Buanglah sampah di tempat yang disediakan dan hargailah usaha semua pihak dalam memastikan Bandar Raub sentiasa bersih, indah dan selesa untuk dinikmati bersama.

Kebersihan bermula daripada diri kita. Bersama-sama kita jadikan Raub sebuah bandar yang bersih, ceria dan lestari.

Weh! Moh ke Raub