MENU

 

 

 

 

dig1 dig2

 

dig3 dig4

2 Julai 2025 ( Rabu )
10.00 pagi
Dewan Jubli, MDR

MAJLIS PELANCARAN MODUL SEWAAN PREMIS DI APLIKASI PAHANGGO DAN MODUL FORCIPOST SERTA SESI PERJUMPAAN BERSAMA-SAMA YB PENGERUSI JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN, PERUMAHAN, ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU NEGERI PAHANG

YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff hadir melancarkan Modul Sewaan Premis dan Modul Forcipost hari ini. 

PahangGo telah menambah satu lagi fungsi terbaharu di dalam aplikasinya iaitu Modul Sewaan Premis, khusus untuk memudahkan orang awam menyemak maklumat bil sewaan serta membuat bayaran terus menggunakan aplikasi PahangGo dengan lebih cepat dan efisien. 

Sementara Modul Forcipost adalah sistem digital automasi yang sangat efektif mempercepatkan proses penyampaian notis dan pembayaran bagi urusan tuntutan  kompaun tempat letak kereta. Bayaran boleh dibuat menerusi aplikasi PahangGo tersebut.

Hadir sama menyaksikan pelancaran ini adalah YB Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal (Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan), YBM Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (ADN Tras), En. Che Wan Muhammed Salleh bin Wan Adnan (SUB BKT), Ts. Affandi bin Mohd Isa (Pegawai Eksekutif PahangGo), Dato' Sri Shahiruddin bin Abd. Moin, YDP dan Setiausaha PBT Pahang, Ahli-ahli Majlis MDR dan kakitangan PBT Negeri Pahang.

Semoga semua pihak menyokong inisiatif digital ini yang sangat bermanfaat dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.