GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN SEMAK SAMUN DI HADAPAN KEDAI ECO RM2
Pada 21 Ogos 2026 (Jumaat), telah diadakan program Gotong-Royong Pembersihan Semak Samun di kawasan hadapan Kedai Eco RM2, Raub.
Program yang melibatkan warga kerja Majlis Daerah Raub, SWCorp dan Alam Flora ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan semak samun serta pemangkasan dan pembersihan pokok bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih, kemas dan teratur.
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga kerja yang telah bersama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong ini.
Komitmen dan kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan persekitaran Raub sentiasa ceria, bersih dan selesa.
Raub Bersih, Raub Ceria!



