MENU

 

Majlis Daerah Raub kini dalam usaha memperluaskan penggunaan Bil Cukai Taksiran Digital bagi memastikan penyampaian bil yang lebih cepat, mudah, selamat dan mesra alam.

Kami memerlukan nombor telefon anda bagi membolehkan bil cukai taksiran dihantar secara digital terus ke telefon bimbit.

Antara kelebihan pendigitalan: • Bil diterima dengan lebih pantas

• Menjimatkan penggunaan kertas dan mesra alam 

• Maklumat lebih selamat dan terpelihara 

• Peringatan pembayaran lebih mudah 

Imbas kod QR pada paparan dan lengkapkan maklumat nombor telefon anda. Prosesnya mudah dan hanya mengambil masa kira-kira 1 minit.

Kerjasama anda amat dihargai dalam merealisasikan perkhidmatan digital yang lebih cekap demi kemudahan bersama.

Bersama Kita Membangun Raub Gemilang.