04 Oktober 2021 Isnin
Kg Tok Machang, Raub
Mewakili Kerajaan Negeri Pahang menyerahkan Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada Puan Nor Afridawaty binti Ahmad di Kampung Tok Machang. Rumah Rakyat Pahang pertama bagi tahun 2021 di daerah Raub yang siap dan diserahkan kepada pemiliknya.
Pada masa yang sama, saya juga berkesempatan menyerahkan bantuan Kit Bumi Hijau daripada Pejabat Pertanian Raub, Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bantuan Penjaja Tidak Berdaftar.
Turut hadir, YH Dato' Muhammad Shahid Ismail Pegawai Daerah Raub, Ketua² Jabatan Daerah Raub, Ahli Majlis Daerah Raub dan Penghulu² Mukim Raub.