Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke 18. Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tebatan (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang).
Sebaik sahaja sampai di situ, si ayah menyarankan agar mereka berhenti berehat kerana kawasan tersebut kelihatan amat sesuai. Pasirnya di kiri dan kanan tebatan kelihatan begitu bersih. Kedua-dua pemuda tersebut bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula meneroka dan membersihkan kawasan sekitar, lalu mendirikan sebuah pondok sebagai tempat kediaman. Kawasan tebatan awal yang menjadi tempat penerokaan mereka ini dipercayai terletak di tapak yang kini dikenali sebagai Padang Besar Majlis Daerah Raub.
Setiap hari, ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari hasil hutan seperti rotan, damar, getah, dan jelutung. Pada suatu hari, sewaktu mereka sedang memetik pucuk-pucuk kayu yang subur berhampiran tebing tebatan untuk dijadikan makanan, pandangan mereka tiba-tiba tertarik oleh silauan butiran berkilau di celah-celah pasir.
Perasaan ingin tahu mendorong mereka untuk segeralah meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu menggunakan genggaman tangan masing-masing. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati butiran berkilau itu ialah emas tulen. Setiap kali pasir diraup, setiap kali itulah emas diperoleh dengan begitu mudah. Disebabkan emas terlalu banyak dan hanya perlu diraup dengan tangan, mereka mengambil keputusan untuk menamakan tempat tersebut dengan gelaran "RAUB".
Mengenai aspek etimologi, timbul sedikit perbezaan dari segi ejaan memandangkan perkataan meraup berasal daripada kata dasar "RAUP", sedangkan ejaan rasmi daerah ini ialah "RAUB". Pertukaran huruf 'P' kepada 'B' ini dipercayai dipengaruhi oleh sebutan dialek tempatan Pahang yang mengurangkan sebutan keras di hujung perkataan, sekali gus menjadikan ejaan "RAUB" lebih sebati dan sesuai digunakan oleh masyarakat setempat hingga ke hari ini.
Nama penuh beliau ialah Abdullah b. Ibrahim. Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah dan Pemungut Hasil Tanah Raub pada bulan September 1950 hingga April 1953.
Nama penuh beliau ialah Tengku Haji Abdul Samad b. Tengku Muda. Dilahirkan pada tahun 1840 dan mangkat tahun 1916. Beliau pernah menjadi 'Pawang' semasa hayatnya. Dilantik menjadi Penghulu Mukim Gali pertama dari tahun 1900 hingga 1906.
Mengambil sempena satu gelaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Nama penuh beliau ialah Hussien b.Tok Muda Hassan. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1916 di Kampung Dong, Raub. Mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Beliau dilahirkan di Negeri China dalam tahun 1880. Berpindah ke Raub pada tahun 1886. Meninggal dunia pada 8 Mac 1948. Semasa hayatnya beliau pernah menjadi 'Sanitary Board Raub' pada tahun 1900 dan meletakkan jawatan pada 19 Januari 1937. Beliau adalah Kapten Cina yang mula-mula dikurniakan Pingat Jasa Pendamai (JP) di Raub.
Beliau telah dilahirkan di Kg. Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub dalam tahun 1871 dan mangkat dalam tahun 1943. Nama penuh beliau ialah Tengku Kudin b. Tengku Haji Samad. Beliau adalah Penghulu Mukim Gali kedua dalam tahun 1906. Beliau bersara dari jawatannya dalam tahun 1928. Pada tahun 1929 beliau telah dikurniakan gelaran Dato' Setia Lela Pahang oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Nama Lama |
Nama Baru |
|
Tras Road |
Jalan Tras |
|
Bibby Road |
Jalan Tun Razak |
|
Mason Road |
Jalan Dato' Abdullah |
|
Lipis Road |
Jalan Lipis |
|
Cheroh Road |
Jalan Cheroh |
|
Bukit Koman Road |
Jalan Tengku Abdul Samad |
|
Temple Road |
Jalan Aman |
|
Hill Road |
Jalan Bukit |
|
Wayang Street |
Jalan Hussein |
|
Happy Valey Road |
Jalan Pasar |
|
Jalan Pasar Lama |
Jalan Tengku Kudin |
|
Circular Road |
Jalan Pekeliling |
|
Reservoir Road |
Jalan Kolam Air |
|
Distillery Road |
Jalan Tan Tiong |
|
Tanjung Gadung Road |
Jalan Dato' Setia Lela |
|
Old Cheroh Road |
Jalan Cheroh Lama |
|
Padang Road |
Jalan Padang |
|
Bibby Lane |
Lorong Tun Razak |
|
Office Road |
Lorong Damai |