Langkau ke kandungan utama

Fungsi Majlis Daerah Raub

Majlis Daerah Raub (MDR) berperanan utama dalam memajukan dan mengurus daerah secara mampan menerusi pengutipan hasil seperti cukai taksiran serta lesen perniagaan. Pihak majlis mengawal selia pembangunan fizikal berpandukan pelan tempatan dan dasar kerajaan menerusi kerjasama strategik sektor awam mahupun swasta. Di samping itu, penguatkuasaan kesihatan awam, pemeliharaan keindahan landskap semula jadi, dan penyediaan kemudahan asas yang berkualiti dilaksanakan secara berterusan bagi menjamin keselesaan serta kesejahteraan penduduk setempat dan pengunjung.

Fungsi dan peranan Majlis Daerah Raub adalah seperti berikut:-

  1. Mengutip cukai taksiran, lesen perniagaan dan pengiklanan;
  2. Merancang, melaksana serta mengawalselia pembangunan selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pahang, Rancangan Tempatan Daerah Raub dan Dasar-Dasar Kerajaan;
  3. Menyelaras dan memberi kerjasama kepada jabatan-jabatan lain serta pihak swasta untuk membangunkan sesuatu kawasan dalam pelbagai program;
  4. Mengawalselia dan menguatkuasakan premis makanan dan kawalan penyakit berjangkit bersama Pejabat Kesihatan Daerah Raub;
  5. Memantau, menyelaras dan mempertingkatkan keindahan kawasan Majlis Daerah Raub di samping memelihara dan memulihara landskap semulajadi yang sedia ada; dan
  6. Mewujudkan kemudahan-kemudahan yang berkualiti dan perkhidmatan-perkhidmatan asas dan awam bagi keselesaan penduduk setempat dan pengunjung

Recent Posts