HARI CUCI MALAYSIA: PROGRAM MEGA PEMBERSIHAN BERSEMPENA WORLD CLEANUP DAY 2026 PERINGKAT DAERAH RAUB
RAUB, 26 September 2026 – Semangat gotong-royong dan kebersamaan warga Raub terserlah menerusi pelaksanaan Hari Cuci Malaysia: Program Mega Pembersihan Bersempena World Cleanup Day 2026 Peringkat Daerah Raub yang berlangsung pagi tadi.
Program yang diadakan di Dewan Terbuka, Dataran Raub bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah dirasmikan oleh YH Dato’ Mohd Khuzaidi bin Harun, DIMP, Yang Dipertua Majlis Daerah Raub.
Program ini menghimpunkan Ahli-ahli Majlis MDR, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), penghulu, wakil NGO, warga kerja MDR, sukarelawan serta komuniti setempat dalam usaha bersama menjadikan persekitaran Daerah Raub lebih bersih, ceria dan selesa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Komitmen dan kerjasama yang diberikan membuktikan bahawa kebersihan bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa tempatan, tetapi tanggungjawab kita bersama.
Raub Bersih, Kita Sihat!
Cintai Persekitaran, Mulakan Dari Kita.


