PENYAMPAIAN ANUGERAH PEKERJA CONTOH BULANAN , MAJLIS DAERAH RAUB BAGI TEMPOH JANUARI - MAC 2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh Bulanan atas pengiktirafan yang diberikan pada hari ini.
*Anugerah Pekerja Contoh Bulanan Kategori Lelaki*
Encik Ahmad Syukri bin Hamzah
Pembantu Khidmat Am, H1
Bahagian Landskap
*Anugerah Pekerja Contoh Bulanan Kategori Wanita*
Puan Nurulhuda binti Abdul Moin
Pembantu Tadbir (P/O), N3
Bahagian Tempat Letak Kereta
Anugerah ini merupakan penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan komitmen tinggi, dedikasi, disiplin serta prestasi cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pendorong kepada seluruh warga kerja untuk terus mengekalkan budaya kerja cemerlang, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan bersama-sama memperkukuhkan kecemerlangan organisasi.
*_"Kecemerlangan bukanlah satu destinasi, tetapi satu perjalanan yang dibina melalui usaha, disiplin dan keikhlasan yang berterusan."_*
Tahniah sekali lagi kepada penerima anugerah.
Semoga terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja



