The Paddock tertelak di Valley Road sebelum bulatan Glen Banglo. Jika di Taman Awam anda boleh bermain mini golf, di The Paddock pula, anda sekeluarga boleh menunggang kuda. Jangan risau, Sekiranya anda tidak pernah menunggang kuda sebelum ini, anda tidak perlu risau! Ini kerana, di sini anda boleh menunggang kuda dalam suasana terkawal dibawah pengawasan jurulatih yang bertauliah. Berbeza dengan pusat belajar menunggang yang lain, kuda yang digunakan di pusat ini merupakan kuda lumba yang sudah bersara. Bayaran untuk aktiviti menunggang kuda juga sangat berpatutan, iaitu RM6.50 untuk seorang kanak-kanak, RM9 untuk seorang dewasa dan RM11 untuk seorang dewasa dan kanak-kanak. Jika anak-anak anda ada yang tidak berani untuk menunggang kuda, tidak mengapa. Ini kerana mereka boleh mencuba aktiviti lain seperti menyumpit dan memanah yang turut tersedia di sini. Bayaran yang dikenakan untuk aktiviti memanah pula adalah RM11 untuk 10 anak panah. Setelah selesai melakukan aktiviti yang tersedia di sini, anda bolehlah bersantai-santai di kawasan rehat yang terdapat di sini. Anda bakal disajikan dengan panorama indah yang dihiasi pokok-pokok conifer. Memang cantik!