Langkau ke kandungan utama

Kakitangan awam daripada pelbagai agensi kerajaan di Daerah Raub masih meneruskan misi bantuan pasca banjir ke Karak, Bentong hari ini.

Rutin tugas yang dibuat adalah pembersihan rumah, jalan dan longkang yang dipenuhi lumpur. Agak mencabar dengan lumpur yang tebal dan keras, bekalan air yang terhad dan cuaca yang panas. Tetapi bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Apa saja yang susah tentu mudah dengan kerjasama semua.

Tahniah dan syabas. Semoga matlamat misi tercapai.

Lokasi
Karak, Bentong
Berita

Recent Posts