Skip to main content
-
YB
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Majlis Daerah Raub atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Pickleball Piala YB Dato’ Fadzli Kamal.
Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula 31 Oktober hingga 1 November 2026 bertempat di Picklethon@Tetz, Pickleball Club Court, Raub ini telah menyaksikan penyertaan dan persaingan sengit daripada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.
Pasukan MDR berjaya meraih tempat ketiga selepas menewaskan pasukan Pejabat Perhutanan Daerah Raub dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.
Kejayaan ini merupakan hasil semangat berpasukan, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap pemain sepanjang kejohanan berlangsung.
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada seluruh pasukan MDR. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus aktif dalam bidang sukan serta mengharumkan nama Majlis Daerah Raub dalam kejohanan akan datang.
Syabas dan teruskan kecemerlangan!
News

Recent Posts