Pilih Saiz : kecikanteks setsemula besarkanteks   |   Pilih Warna : Set Semula  tukarteksmerah tukarteksbiru tukartekshijau    |   latarbelakang : tukarlatarbelakangbiru tukarlatarbelakangbiru tukarlatarbelakangkelabu  
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Laman Utama » Soalan Lazim
Umum
Umum
Q : Apakah itu Cukai Taksiran Am?
A : Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis Daerah Raub seperti a.Bangunan Kediaman Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, banglo dan lain lain b.Bangunan Perniagaan atau Perdagangan Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel dan lain lain c.Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang d.Bangunan Perindustrian Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain lain .
Q : Bilakah Tempoh Bayaran Cukai Taksiran perlu dijelaskan?
A : Cukai Taksiran Am dibayar 2 kali setahun iaitu setengah tahun pertama hingga 1hb Januari hingga 28hb Februari setiap tahun dan setengah tahun kedua iaitu 1hb Julai hingga 31hb Ogos setiap tahun.
Q : Kemanakah Kutipan Cukai Taksiran Am Disalurkan?
A : Cukai Taksiran Am ini dikenakan untuk membiayai Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak kanak dan tempat tempat rekreasi, pasar dan sebagainya. Pembinaan kawasan perumahan atau perniagaan, taman taman dan tempat tempat awam. Penjagaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit , longkang dan sebagainya. Penyediaan dan penyelenggaraan lampu lampu jalan. Bayaran penyelenggaraan pungutan sampah. Pembangunan kawasan Majlis Daerah Raub. Kesemua ini adalah untuk kesejahteraan rakyat khususnya penduduk kawasan pentadbiran Majlis Daerah Raub.
Q : Apakah Tindakan Yang Akan Diambil Oleh Pihak Majlis Sekiranya Bayaran Tidak Dijelaskan Dalam Tempoh Yang Telah Ditetapkan?
A :

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, anda akan dikenakan tindakan-tindakan seperti:

  • Notis Borang E akan dikeluarkan kepada anda. Anda akan dikehendaki menjelaskan bayaran dalam masa 15 hari daripada tarikh notis. Denda/bayaran lewat dikenakan kepada baki terakhir tunggakan -Seksyen 147 (I) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  • Jadual Denda Adalah Mengikut Jadual Dibawah :
    • Jumlah Tunggakan Denda Lewat
    • RM 100.00 ke bawah
    • RM 101.00 ke atas RM 3.00
    • 3% drp jumlah tunggakan
Q : Bilakah Bil atau Notis Cukai Taksiran Am Dikeluarkan?
A :

Bil Cukai Taksiran Am diserahkan/diposkan pada

  • Januari - 1/2 tahun pertama
  • Julai - 1/2 tahun kedua

Notis (Borang E) diserahkan/diposkan pada

  • Mac - 1/2 tahun pertama
  • Sept


Tidak dapat menemukan jawapan ?    Kirim Pertanyaan
[1] [2]   selepas    terakhir  
CARIAN
KALENDAR
Bulan Sebelumnya Tahun Sebelumnya 06 Februari 2012 tahunselepas bulanselepas
I S R K J S A
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Raub
Majlis Daerah Raub, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur.
Terma & Syarat  |   Dasar Privasi  |   Dasar Keselamatan  |   Penafian

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Saluran RSS