Unit Pusat Setempat (OSC)
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
ADI ISKANDAR ZULKARNAIN BIN NOORDIN
MATLAMAT
Matlamat penubuhan pusat setempat adalah untuk mengurangkan karenah birokrasi di dalam prosedur dan proses cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan system penyampaian perkhidmatan kerajaan di pihak berkuasa tempatan
OBJEKTIF
- Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit serta pelan-pelan lain berkaitan cadangan pemajuan
- Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh 04 bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh 06 bulan
- Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta perancangan Bandar dan desa 1976 (Akta 172) serta Akta Jalan, parit dan bangunan 1974 (Akta 133)
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
- Bagi tujuan meningkatkan system penyampaian prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan, semua permohonan akan diterima melaui unit ini. Peranan unit pusat setempat adalah seperti berikut :
- Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan-permohonan lain yang diterima oleh unit pusat setempat
- Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon
- Membuat perakuan permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat tanah
- Menyediakan pelaporan berkala
- Tugas-tugas dan tanggungjawab unit pusat setempat sebagaimana yang telah digariskan oleh kementerian perumahan dan kerajaan tempatan adalah seperti berikut :
- Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan dari pemohon
- Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan
- Membuat edaran cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk diproses dan jabatan/agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan
- Memantau permohonan-permohonan yang telah diedar kepada jabatan/agensi teknikal
- Memaklumkan kepada jawatankuasa pusat setempat mengenai permohonan yang telah diterima
- Mendapatkan maklum balas lanjut daripada jabatan/agensi teknikal sekiranya terdapat isu dan masalah
- Mengumpul dan menyelaras kertas perakuan yang disediakan oleh jabatan perancang, jabatan bangunan, jabatan kejuruteraan beserta pelan pra-perhitungan untuk diangkat ke mesyuarat jawatankuasa pusat setempat
- Mengedarkan keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat setempat terhadap kelulusan kebenaran merancang dan pelan pra-perhitungan kepada pentadbir tanah bagi permohonan pembangunan tanah di bawah seksyen 124A dan 204D kanun tanah negara
- Bertindak sebagai urusetia mesyuarat yang menetapkan tarikh dan memastikan mesyuarat diadakan 02 kali sebulan dan menyediakan minit mesyuarat dan maklumbalas untuk edaran
- Mengumpul kertas keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat setempat untuk dimaklumkan ke mesyuarat majlis penuh, majlis daerah raub
- Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon, pembantah dan jabatan/agensi teknikal