MENU

BERIKUT ADALAH INFO DAN KADAR SEWA PADANG GOLF BUKIT FRASER

 

Padang Golf Bukit Fraser merupakan sebuah padang golf 9 lubang yang dibina pada tahun 1925 oleh jurutera berbangsa Inggeris bernama Frank Hemmant merupakan antara lapangan golf yang tertua di Malaysia pada ketika ini.

Terletak pada ketinggian 1500 meter dari paras laut, lokasinya yang strategik di tengah-tengah kawasan Bukit Fraser yang menyediakan pelbagai kemudahan penginapan dan rekreasi untuk keluarga menjadikan ianya sesuai untuk dikunjungi pelbagai lapisan mesyarakat.

Memiliki lapangan yang agak pendek dengan keseluruhan par 32 untuk 9 lubang yang agak mencabar, unik dan bersejarah, menjadikan ianya sebuah padang golf yang perlu dicuba untuk permainan yang santai bersama teman-teman di bawah redup mentari disamping sapaan kabus pergunungan yang begitu nyaman lagi menyegarkan.

Mengekalkan ciri-ciri asas sebuah lapangan yang mempunyai nilai-nilai sejarah dengan tidak menggunakan buggy, pemain-pemain golf termasuk yang baru berjinak dengan sukan ini pastinya merasakan kunjungan anda ke Padang Golf Bukit Fraser tidak menghampakan.

 

  

 

  

 

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 Oktober 2017 - 5:18pm