MENU

PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH RAUB, PAHANG 2035 (PENGGANTIAN)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa sebagaimana keperluan di bawah Subseksyen 13(1) dan 13(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Laporan Draf Rancangan Tempatan (RT) Daerah Raub, Pahang 2035 (Penggantian) telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam bermula pada 22 September 2021 sehingga 21 Oktober 2021.

Semakan laporan boleh dibuat pada hari bekerja di :-
1) Pejabat Majlis Daerah Raub; dan
2) Pejabat PLANMalaysia@Pahang (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang).

Semakan laporan juga boleh dibuat secara atas talian (online) di http://epublisiti.townplan.gov.my/publisiti/?p=1250

Sebarang bantahan atau cadangan boleh dikemukakan melalui QR Code di pautan https://forms.gle/ateJnwwwobpftkRj7

Weh! Moh Ke Raub

Sekian, terima kasih.

Event Date: 
Rabu, 22 September 2021 - 8:30am to Khamis, 21 Oktober 2021 - 4:30pm
Kategori Acara: 
Pameran
Kemaskini Terakhir: Rabu, 27 Oktober 2021 - 9:53am