Pilih Saiz : kecikanteks setsemula besarkanteks   |   Pilih Warna : Set Semula  tukarteksmerah tukarteksbiru tukartekshijau    |   latarbelakang : tukarlatarbelakangbiru tukarlatarbelakangbiru tukarlatarbelakangkelabu  
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Laman Utama » Majlis Daerah Raub » Pelan Strategik

Kata-kata Aluan Yang Dipertua

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnianya maka Majlis Daerah Raub dapat merangka Pelan Strategik Majlis Daerah Raub 2009 – 2013 ini. Dalam usaha untuk menjadi sebuah PBT yang berjaya, Majlis Daerah Raub telah menggariskan visi yang lebih jelas sehingga tahun 2013 iaitu “ Menjadikan Majlis Daerah Raub Sebagai Sebuah PBT Yang Unggul, Sejahtera Dan Mampan Menjelang Tahun 2013 “.

Oleh yang demikian, Pelan Strategik Majlis Daerah Raub 2009 – 2013 ini amat penting dalam menentukan hala tuju dan memastikan perjalanan Visi 2013 Majlis Daerah Raub. Insyaallah, dengan adanya Pelan Strategik yang terang dan jelas diharapkan dapat memberi kefahaman dan panduan kepada seluruh warga Majlis Daerah Raub dalam usaha menyampaikan perkhidmatan ke arah wawasan yang disasarkan.

Pelan Strategik ini tidak mungkin dapat dijayakan tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Sehubungan itu, Majlis Daerah Raub amat berharap dan menghargai segala sumbangan para pelanggan dan warga Daerah Raub dalam menjayakan Pelan Strategik ini.

Diharapkan semoga apa yang dirancang dan dilaksanakan ini akan mendapat keberkatan dan keizinan Allah swt agar ianya dapat memberikan manfaat dan kesejahteraan kepada seluruh warga Daerah Raub. Sekian, terima kasih.

 

DATO' HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHD ALI, DIMP., AAP., AMP., PJK

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH RAUB

 

Muat turun Pelan Strategik Majlis Daerah Raub 2009-2013

CARIAN
KALENDAR
Bulan Sebelumnya Tahun Sebelumnya 06 Februari 2012 tahunselepas bulanselepas
I S R K J S A
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Raub
Majlis Daerah Raub, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur.
Terma & Syarat  |   Dasar Privasi  |   Dasar Keselamatan  |   Penafian

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Saluran RSS