Pilih Saiz : kecikanteks setsemula besarkanteks   |   Pilih Warna : Set Semula  tukarteksmerah tukarteksbiru tukartekshijau    |   latarbelakang : tukarlatarbelakangbiru tukarlatarbelakangbiru tukarlatarbelakangkelabu  
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

Lata Jarum

Lata Jarum adalah merupakan salah satu lagi destinasi pelancongan yang menarik berada di Daerah Raub. Ini kerana ia merupakan sebuah kawasan perkelahan air terjun yang penuh dengan keindahan alam semulajadi.

Terletak hanya 2 kilometer dari kawasan perkelahan Pulau Chekas, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan berturap hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Menghampiri ke kawasan air terjun Lata Jarum, pengunjung akan di sambut oleh jeritan unggas rimba diselang-seli dengan deruan air dari air terjun Lata Jarum. 

Lata Jarum 

 

Tidak diketahui bagaimana Lata Jarum mendapat namanya, tetapi mungkin daripada kesejukan airnya yang sejuk sehingga mencucuk ke tulang. Sesuai dengan namanya sebagai Air Terjun Lata Jarum, kawasan sungai di sini berbatu-batan dan aliran airnya agak deras.

Namun begitu terdapat juga kawasan yang airnya agak tenang dan mempunyai kawasan tepi sungai yang berpasir, sesuai untuk bersantai dan bermain air. Di sini, disediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, surau, ruang untuk berkhemah, bangku-bangku yang di payungi rimbunan pokok hutan, dewan dan kafeteria.

Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, terdapat 2 pilihan tempat tinggal, bermalam di dalam khemah canvas ataupun bermalam di dalam chalet yang di perbuat daripada buluh. Bermalam di chalet buluh mampu memberikan satu pengalaman baru dan pengusaha chalet di Lata Jarum boleh menguruskan, jika ingin mengadakan aktiviti 'jungle trekking'.   

 

CARIAN
KALENDAR
Bulan Sebelumnya Tahun Sebelumnya 06 Februari 2012 tahunselepas bulanselepas
I S R K J S A
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Raub
Majlis Daerah Raub, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur.
Terma & Syarat  |   Dasar Privasi  |   Dasar Keselamatan  |   Penafian

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Saluran RSS