Unit Audit Dalam
PENOLONG JURUAUDIT
NORHASLINDA BINTI KAMARUDIN
Objektif
Bertanggungjawab menilai dan mengkaji dengan bebas pengurusan majlis dan membantu mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan dan akauntabiliti jabatan/bahagian/unit mengikut polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis, selaras dengan prinsip dan kehendak undang-undang yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Fungsi
- Membuat kajian dan penilaian yang objektif untuk mengukur sejauh mana kecekapan, keberkesanan dan ekonominya sesuatu sumber diuruskan atau digunakan untuk mencapai matlamat majlis.
- Memastikan semua aset majlis diakaun, dikawal dan dijaga.
- Mengenalpasti masalah dan mengesyorkan langkah-langkah mengatasinya.
- Menentukan keberkesanan data pengurusan Majlis.
- Mengemukakan laporan audit yang bebas, objektif dan tepat pada masanya kepada pihak pengurusan atasan.
Carta Organisasi