Masyarakat Berbudaya Asas Pembangunan
 

 

 

 

Iklan

TIADA TAWARAN GERAI BUAT MASA SEKARANG

 

Bahagian

Teknologi Maklumat,
Majlis Daerah Raub,
27600 Raub, Pahang.
Email: ydpraub@pahang.gov.my

 

 

 

 

Sektor pelancongan merupakan ‘core’ sektor dalam merangka sistem pembangunan Negeri Pahang. Daerah Raub dikenalpasti sebagai kawasan yang sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan di s amping m enjadi salah satu kawasan tarikan bagi pengguna laluan Kuala Lumpur – Gua Musang.
Raub merupakan salah satu bandar pelancongan di negeri Pahang. Keindahan alam semula jadi menjadikan Raub bandar tarikan pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.
Selain daripada Bukit Fraser sebagai pusat peranginan tanah tinggi, sumber tarikan lain di Daerah Raub adalah alam semulajadi. Bukit Fraser adalah kawasan peranginan tanah tinggi. Ianya merupakan destinasi menarik dengan hawa udaranya dingin serta pengekalan ciri-ciri kolonial masa lalu seperti seni bina ala Todur’ dan sua sana perkampungan Inggeris. Cuaca di Bukit Fraser sejuk dan nyaman disebabkan kedudukannya yang tinggi daripada paras laut dan dikelilingi oleh kawasan semulajadi tropika.
Majlis Daerah Raub telah ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang pada 04 Jun 1981 Jilid 34/12, No. GN 339, Pelan No. PW 1236 yang berkuatkuasa pada 01 Julai 1981. Ianya merangkumi kawasan seluas 110.31 kilometer persegi.Di samping itu, beberapa perubahan dilakukan terhadap organisasi Majlis Daerah di mana unit-unit yang beroperasi sebelum ini diletakkan di bawah jabatan-jabatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

© 2008 Majlis Daerah Raub. All right reserved. Privacy Policy

 

 

 

 

 

 

 

Pautan
Renungan

Islam Mementingkan Kasih Sayang: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.